Confession Of A Friend : Episode 4
Thursday, 9 February 2012 | 17:53 | 0 comments
Ji-Yeon menelan air liur . Dia tergamam dan tidak dapat mengungkap sebarang kata – kata . Bibirnya terkunci rapat . Hatinya menjerit – jerit mahu pergi dari situ . Tetapi dia tidak mahu melukakan hati Cheon Dong . Fikirannya lantas terfikirkan Joon . Beberapa hari yang lepas , Joon juga membuat pengakuan berani sama seperti yang Cheon Dong lakukan pada hari ini . Dia menghela nafas panjang .
“Cheon Dong,” Ji-Yeon bersuara secara tiba – tiba .
Cheon Dong memandang tepat mata Ji-Yeon . Dia sedikit teruja mendengar Ji-Yeon memanggil namanya . Di dalam hatinya , dia tidak sabar – sabar menanti Ji-Yeon mengungkapkan bahawa dia juga menyukai dirinya . Bibirnya mula menguntum senyuman . Berdebar – debar rasa hatinya .
“Ya , Ji-Yeon .” Cheon Dong membalas lembut sambil tersenyum .
“Boleh kamu hantarkan saya pulang ke rumah ?” Ji-Yeon meminta dengan tulus .
“Oh , boleh . Marilah .” Cheon Dong membalas lemah . Dia sedikit kecewa mendengar Ji-Yeon tidak membalas apa – apa mengenai pengakuan cintanya .
Mereka berjalan meninggalkan perkarangan bilik persalinan . Cheon Dong membantu Ji-Yeon mengangkat barang – barangnya . Mereka berjalan seiringan tanpa sebarang bunyi . Sekali – sekala Cheon Dong mencuri pandang ke arah Ji-Yeon . Dia risau melihat wajah Ji-Yeon yang kosong itu . Bibirnya juga tiada senyuman . Fikiran mereka berdua jauh melayang .
“Mari sini , saya letak barang – barang awak di belakang ,” kata Cheon Dong .
“Nah . Letak baik – baik ya . Ada kaca , takut pecah pula nanti ,” pinta Ji-Yeon dengan baik .
“Okay , tiada masalah ,” Cheon Dong membalas sambil membuat pose ‘okay’ .
Ji-Yeon tersenyum melihat Cheon Dong . Dia berpendapat bahawa Cheon Dong sudah okay dan dia tidak mengambil hati tentang peristiwa tadi .
“Saya bukakan pintu , okay sila masuk Ji-Yeon ,” Cheon Dong melayan Ji-Yeon dengan lembut .
“Ahaha , okay terima kasih Cheon Dong . Awak baik sangat ni ,” balas Ji-Yeon sambil melangkah masuk ke dalam kereta .
“Sama – sama . Pakai sit belt sendiri ya . Takkan awak mahu saya pakaikan pula ?” Cheon Dong berseloroh lagi .
“Ya , tahulah saya . Sudahlah , awak masuk cepat . Nanti kita lewat sampai ke rumah , teruk awak saya kerjakan ,” Ji-Yeon cuba mengugut Cheon Dong dengan mengepal – ngepal penumpuk kecilnya itu .
“Okay okay . I am sorry . So sorry . Saya masuk sekarang ,” balas Cheon Dong sambil meminta maaf dan berlagak takut dengan penumbuk Ji-Yeon .
Enjin kereta segera dihidupkan dan pergi meninggalkan kawasan sekolah . Walaupun hati Cheon Dong sedikit kecewa , tetapi dia tidak menunjukkan kepada Ji-Yeon . Malah dia menunjukkan dia gembira dan kekal ceria . Begitu juga dengan Ji-Yeon . Mereka meneruskan hari itu seperti tiada apa – apa yang berlaku .
“Ji-Yeon , jom makan ais krim . Nak tak ?” Cheon Dong mengajak Ji-Yeon dengan nada teruja .
“Emm , boleh juga . Saya pun dah lama tak makan ais krim . Waa bestnya , jom !” Ji-Yeon juga teruja , tetapi dia kelihatan lebih teruja daripada Cheon Dong .
“Okay , jom ! Lagi sepuluh minit kita sampai . Awak sabar sikit ya . Awak nampak tidak sabar – sabar . Haha ,” balas Cheon Dong sambil ketawa .
* * * * * * * * * *
Mereka berdiri tegak di hadapan kedai ais krim Baskin Robin . Ji-Yeon sangat suka melihat hiasan kedai ais krim itu . Cheon Dong tersenyum melihat Ji-Yeon . Hatinya berasa senang melihat Ji-Yeon gembira begitu . Dia berasa kasihan melihat Ji-Yeon yang amat jarang dapat bersama keluarganya . Dia merasakan tugasnya ialah untuk membuat Ji-Yeon tersenyum setiap hari . Seperti yang sedang dia lakukan sekarang .
Cheon Dong menghela nafas paling dalam . Dia mencapai tangan hangat Ji-Yeon dan digenggamnya kemas . Matanya memandang tepat ke arah mata Ji-Yeon . Hatinya bagai mahu meletup . Kedinginan udara pada petang itu , bertemankan angin yang bertiup , keadaan itu sungguh romantik bagi pasangan yang bercinta . Cheon Dong cepat – cepat memaksa dirinya untuk tidak melakukan sesuatu yang di luar kawalan .
“Awak tak nak masuk ke ?” Cheon Dong bertanya dengan lembut .
“Aaa nak , nak ,” balas Ji-Yeon sambil mengangguk – angguk .
Mereka melangkah masuk ke dalam kedai ais krim . Pekerja yang bertugas memberikan mereka merasa sesudu ais krim perisa baharu . Mereka berdua turut mencuba pelbagai variasi ais krim yang disediakan .
“Saya mahu kombinasi vanilla dan coklat . Berikan satu cup saiz medium ya ,” pinta Cheon Dong penuh sopan .
“Berikan saya konfleksi vanilla cookies dengan caramel . Saiz medium juga ,” Ji-Yeon akhirnya memutuskan pilihan ais krim yang diingingkannya .
Mereka duduk di salah satu meja sementara menunggu ais krim mereka dihidangkan . Cheon Dong melihat Ji-Yeon . Ji-Yeon sangat sukakan dekorasi kedai ais krim ini . Dia melihat persekitaran kedai yang sangat memikat mata memandang . Sedang dia melihat – lihat , tiba – tiba matanya terpaku kepada pasangan kekasih yang memakai seragam sekolah yang sama dengan mereka .
“Cheon Dong , itu pelajar sekolah kita bukan ? Mengapa saya rasa seperti sangat kenal dengan mereka ya ? Siapa mereka ya ?” Ji-Yeon kehairanan dan sepertinya dia ingin pergi mengenali pasangan kekasih itu .
“Ehh , yalah . Itu pelajar sekolah kita . Saya juga seperti kenal dengan mereka . Terutamanya perempuan itu . Err ,” Cheon Dong juga seperti mengenali pasangan yang membelakangkan mereka .
Tiba – tiba pelajar perempuan itu ketawa dengan kuat sambil bertepuk tangan . Pelajar lelaki itu juga ketawa terbahak – bahak .
“Ji-Yeon , saya sudah tahu siapa pelajar perempuan itu . Patutlah awak seperti mengenalinya . Dia adik saya . Itu Seohyun . Sebelahnya sudah tentulah Yonghwa . Belangkas itu , memang tak dapat dipisahkan ,” kata – kata Cheon Dong menjawab persolan Ji-Yeon .
“Jom duduk semeja dengan mereka ? Nak ?” Ji-Yeon mengajak Cheon Dong menyertai Seohyun dan Yonghwa .
“Okay . Boleh juga kita tahu , entah apalah yang kelakar sangat sampai ketawa tak ingat dunia ,” Cheon Dong mengutuk adiknya yang manja itu .
* * * * * * * * * *
“Haa ! Kamu berdua mengumpat abang ya ?” sergah Cheon Dong dari belakang .
“Abang ! Terkejut saya tau . Nasib baik tak pengsan ,” Seohyun sangat terkejut dengan sergahan abangnya .
“Cheon Dong , kamu ni . Nasib baik Seohyun tak pengsan . Kalau tidak saya yang susah hati nanti ,” Yonghwa memarahi Cheon Dong dengan manja .
“Alaa , sorry sorry . Abang saja mahu mengusik kamu berdua ,” kata Cheon Dong sambil memohon maaf .
“It’s okay laa ,” balas Seohyun dan Yonghwa serentak .
“Ehh , sudah berapa lama kamu berdua di sini ?” tanya Ji-Yeon .
“Tak ingatlah pukul berapa kami tiba di sini . Tapi , ini cup ais krim kami yang ketiga . Hihi ,” Seohyun menunjukkan cup ais krimnya yang tinggal separuh .
“Banyaknya kamu makan Seohyun ! Nanti malam kamu makan lagi . Nanti kamu gemuk tahulah ,” Cheon Dong menakutkan adiknya .
“Saya tak gemuk ya ! Dan takkan gemuk ! Mungkin abang tak perasan . Saya berjoging setiap hari di trek sementara abang dan Yonghwa menjalani latihan bola keranjang ,” nada Seohyun sedikit merajuk tetapi dia tetap mahu menegakkan kebenaran .
“Yalah Cheon Dong . Saya selalu jogging di trek juga . Hampir setiap hari saya nampak Seohyun di trek ,” Ji-Yeon mahu membela Seohyun .
“Sudah – sudah sayang , jangan dengar cakap abang kamu . Dia dengki dengan kamu . Saya tetap sayang awak walaupun awak gemuk ,” pujukan Yonghwa diakhiri dengan tawa .
Pekerja yang bertugas menghidangkan ais krim Cheon Dong dan Ji-Yeon . Usai mengucapkan terima kasih , Cheon Dong mencebik kepada Seohyun dan Yonghwa . Dia menikmati ais krim itu bersama Ji-Yeon . Ais krim Seohyun sudah habis . Ikutkan hati , mahu saja dia bangun dan tambah lagi . Tetapi disebabkan abangnya ada di situ , hajatnya terbantut . Yonghwa leka bermain game bola keranjang di dalam telefon bimbitnya .
“Seohyun , tolong ambilkan gambar saya dan Cheon Dong . Guna telefon saya ,” pinta Ji-Yeon lembut .
“Okay . Sedia . Satu , dua , tiga . Okay dah ,” Seohyun memulangkan telefon bimbit Ji-Yeon .
“Nak tengok , nak tengok ,” Cheon Dong tidak sabar – sabar .
“Sekejap ya . Haa , ini . Waa comelnya . Saya nak print gambar ini dan tampal dalam diari saya ,” kata Ji-Yeon sambil tersenyum gembira .
“Awak ada diari ? Nanti beri saya baca ya ?” Cheon Dong meminta perkara yang tidak sepatutnya .
“Ehh , mana boleh ! My diary is my secrets . Nobody can read it . Full stop ,” balas Ji-Yeon dengan comel sekali .
“Okay lah kalau macam tu . Jom kita balik . Saya pun dah penat ni ,” kata Cheon Dong . Wajahnya memang jelas menunjukkan keletihan .
“Okay , okay . Jom . Ehh , awak berdua ni taknak balik ke ?” tanya Ji-Yeon kepada Seohyun dan Yonghwa .
“Kami pun nak balik dah ni . Harini , biar saya belanja . Awak berdua baliklah dulu , saya bayarkan ais krim awak ,” balas Yonghwa sambil menyandang beg sukannya .
“Okay , terima kasih ya Yonghwa . Kami balik dulu ,” Ji-Yeon membalas dengan senyuman manisnya .
“Oh sebelum tu . Yonghwa , bawa adik saya baik – baik semasa menunggang motosikal ya . Saya tak mahu dia tercedera , ingat tu ,” Cheon Dong mengingatkan Yonghwa dengan serius .
“Everything alright boss !” balas Cheon Dong dengan yakin .
“Jumpa di rumah abang ! Pandu dengan berhati – hati . Bye !” Seohyun melambai dengan ceria .
“ Ya ya . Bye !” balas Cheondong sambil keluar daripada kedai ais krim itu .
Cheon Dong dan Ji-Yeon masuk ke dalam kereta dan enjin kereta segera dihidupkan . Cheon Dong memandu meninggalkan kedai ais krim Baskin Robin dengan berhati – hati , seperti yang dipesan adiknya tadi . Perjalan ke rumah Ji-Yeon mengambil masa sepuluh minit sahaja .
Setibanya di hadapan rumah Ji-Yeon , Ji-Yeon segera menekan butang pada alat kawalan jauh pintu pagar rumahnya . Kereta Cheon Dong berhenti tepat di hadapan pintu masuk utama rumahnya .
“Terima kasih Cheon Dong . Harini saya gembira sangat ,” kata Ji-Yeon dengan wajah yang manis .
“Sama – sama . Awak gembira , saya lebih gembira ,” balas Cheon Dong . Maksud ayatnya penuh dengan makna tersirat .
“Okay lah , saya mahu masuk dulu . Barang – barang saya di belakang kan ?” tanya Ji-Yeon .
“Ya , di belakang . Mari saya tolong kamu turunkan barang – barang itu ,” balas Cheon Dong sambil keluar dari kereta .
Cheon Dong mengangkat barang – barang Ji-Yeon dan dibawa masuk ke dalam rumah . Rumah Ji-Yeon sangat besar , sama seperti rumahnya . Tetapi cuma suasana rumah mereka yang berbeza . Walaupun ibu dan bapa kedua – dua mereka tiada di rumah , tetapi sekurang – kurangnya Cheon Dong ada Seohyun tinggal bersamanya . Berbanding dengan rumah Ji-Yeon , sunyi sepi seperti tidak berpenghuni .
“Letakkan di sini sahaja Cheon Dong ,” pinta Ji-Yeon .
“Di sini ? Okay .” Cheon Dong meletakkan barang – barang itu dengan berhati – hati .
“Selepas ini , awak berehat ya . Terima kasih ,” kata Ji-Yeon yang sangat mengambil berat perihal rakan – rakannya .
“Okay , saya nak balik ni . Awak kunci pintu ya . Jaga diri . Berehat lah , saya pergi dulu ,” Cheon Dong melangkah keluar dan menjuju ke keretanya .
Ji-Yeon mengekori Cheon Dong sehingga ke kereta . Dia tersenyum mengenangkan Cheon Dong yang suka menyakat adiknya . Sangat lucu baginya . Andai saja dia punya abang seperti Cheon Dong . Sudah tentu dia ceria seperti Seohyun . Tetapi , fikirannya berkecamuk bila mengenangkan Cheon Dong dan Joon . Dia menarik nafas panjang .
“Ji-Yeon , saya sukakan awak . Saya tetap akan tunggu awak . Tak kira berapa lama . Awak ingat tu . Saya pergi dulu . Bye ,” kata Cheon Dong dengan lantang lantas meninggalkan kawasan rumah Ji-Yeon .
Ji-Yeon tersentak lagi . Dia keliru . Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya . Dia terduduk di tangga rumahnya . Wajah Joon dan Cheon Dong silih berganti dalam fikirannya . Dia juga runsing memikirkan soal kesakitan yang dialaminya tengahari tadi . Sakit belakang itu bukan sekali , sebelum ini dia pernah beberapa kali merasa sakit di tempat yang sama , cuma dia tidak pernah berjumpa dengan doktor untuk menjalani rawatan .
Tiba – tiba sakit itu datang semula . Dia menahan rasa sakit itu . Dia rasa seperti belakang badannya dirempuh sebuah kereta . Sakitnya tidak terkata . Air matanya mula mengalir menahan kesakitan . Dia menjerit - jerit memanggil Puan Kang , pembantu rumahnya . Pandangannya kian kabur . Dia tidak dapat berbuat apa – apa . Dia hanya mendengar Puan Kang memanggil – manggil namanya . Kemudian segalanya menjadi gelap dan diam .
Bersambung . . .




