Fanfiction ϟ Aku tulis cerita nie guna otak aku sendiri , amik masa yang sangat lama nak karang cerita , cari idea , fikir tuu , fikir nie . Aku tak copy paste cerita orang lain okay . Aku curi idea dalam drama kat tv jea . So , dilarang meniru sebarang unsur yang terdapat dalam Fanfic aku nie . Haram ya . Aku ulang sekali lagi , HARAM . Lagi satu , aku tak check balik apa yang aku post . So , kalau ada typo tuu biasa sebab manusia tak sempurna OK ==' Thank you ._.


The Unexpected Crush \one-shot/
Thursday, 19 January 2012 | 09:49 | 0 comments


                Jiyoung duduk termenung di tepi tasik berdekatan dengan rumahnya . Tasik itu jernih airnya . Matanya memandang persekitarannya . Jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan , lampu – lampu jalan , kedai – kedai makan yang giat beroperasi dan macam – macam keadaan lagi . Dia kekal layu dan tidak bermaya di bangku itu . Malam yang sepi dan tidak bernyawa itu yang menemaninya . Lamunannya terhenti apabila Myungsoo tiba – tiba muncul entah dari mana .

“Jiyoung . Seorang saja ?” tanya Myungsoo lembut .
“Ya , saya seorang saja . Bosan duduk di rumah . Lagipun tiada sesiapa di sana .” balas Jiyoung sedikit lemah .
“Ohh , begitu . Nah , minumlah kopi ni . Masih hangat lagi.” tangan Myungsoo menghulur secawan kopi yang dibelinya dari kedai berhampiran .
“Terima kasih Myungsoo . Tapi saya sedikit hairan , bagaimana awak tahu yang saya ada di sini ?” Jiyoung ingin tahu .

                Wajah Myungsoo sedikit gelebah . Dia pantas memikirkan alasan yang patut diberi . Dia tersenyum – senyum , tapi  fikirannya ligat mencari alasan yang terbaik .
“Err , err , saya agak saja kamu ada di sini . Kebetulan saya ada beli dua cawan kopi . Saya berilah satu cawan kepada awak . Ini semua kebetulan saja Jiyoung.” Myungsoo menjawab soalan Jiyoung teragak – agak .
                Jiyoung sekadar mengangguk . Mereka berdua menhirup kopi itu sedikit demi sedikit sementara ianya masih hangat . Myungsoo berasa lega kerana Jiyoung tidak perasan apa – apa . Terukir senyuman di bibir Myungsoo . Memang dia sukakan Jiyoung , Cuma Jiyoung yang tidak tahu . Sudah agak lama dia pendam perasaan ini sendirian .

“Ehh , Myungsoo . Budak lelaki yang duduk di sebelah awak itu , namanya apa ya ?” Jiyoung yang tadinya murung tersenyum secara tiba – tiba .
“Byung Hun ? Budak baru tuu kan ? Nama dia Byung Hun .” balas Myungsoo ringkas .
“Ohh , Byung Hun . Byung Byung , Byungie , Byung Byung , Byungie  . Hikhikhikhik.” Jiyoung bercakap seorang diri .
“Awak kenapa pula ni ? Tiba – tiba sahaja . Bukankah tadi awak . . . Ishh awak ni peliklah Jiyoung .” Myungsoo kehairanan melihat tingkah laku Jiyoung yang berubah secara mendadak itu .
“Emm Myungsoo , kalau saya cakap sesuatu dengan awak , boleh awak simpan itu sebagai rahsia ?” Jiyoung meminta dengan raut wajah yang serius .
“Apa sajalah . Saya janji . Awak juga kenal saya bukan ? Cakaplah .” kata – kata Myungsoo meyakinkan Jiyoung .
“ Saya . Emm . Sebenarnya saya ada simpan perasaan kat budak baru tuu . Saya jatuh cinta pandang pertama . Kami bertembung di pagar sekolah pada hari pertamanya di sekolah .” Jiyoung menceritakan isi hatinya . Kepalanya tunduk memandang lantai .

                Tiada apa yang dapat Myungsoo katakana . Bibirnya seakan – akan terkunci . Lidahnya jadi kelu dan beku . Hatinya bagai ditusuk sembilu yang tajam . Hancur perasaannya apabila Jiyoung , satu – satunya gadis yang dicintainya , menyintai Byung Hun , pelajar lelaki yang baru berpindah ke sekolah mereka . Lebih memeritkan , Byung Hun duduk di sebelah Myungsoo dan mereka berkawan baik .

“Myungsoo ! Awak tak dengarkan saya ke ?” Jiyoung yang sedikit marah , menegur Myungsoo .
“ Aaa , tak . Saya dengar , saya dengar . Awak suka Byung Hun ya ? Nanti saya beritahu dia .” Myungsoo berpura – pura menyokong Jiyoung .
“Myungsoo , janganlah begini . Awak dah berjanji dengan saya tadi bukan ? Ini rahsia , awak jangan beritahu sesiapa pun . Suzy juga masih belum tahu hal ini .” Jiyoung sedikit serius .
“Ya . Saya pun main – main sahaja . Saya akan simpan ini sebagai rahsia . Okay ?” Myungsoo tersenyum kelat .
“Okay ! Terima kasih Myungsoo . Awak baik dengan saya . Saya tak tahu nak balas apa .” Jiyoung gembira mendengar kata – kata Myungsoo .
“Sama – sama . Ehh , hari sudah larut malam ni . Esok kita bersekolah . Eloklah kita pulang ke rumah sekarang .” Myungsoo saja mengubah topik perbualan .
“Ehh , yalah . Okaylah Myungsoo . Saya balik dulu . Terima kasih ya . Selamat malam !” Jiyoung beredar kegembiraan .

                Myungsoo membuka langkahnya . Dia berjalan dengan lemah sekali . Macam – macam yang muncul dalam fikirannya . Jiyoung sukakan Byung Hun . Perasaan cintanya terhadap Jiyoung yang terbuku sudah sekian lama ini , bagaikan impian yang tidak akan menjadi kenyataan . Ada sesuatu sebenarnya . Cuma bibirnya tidak mampu berkata apa – apa .

“Hmm , Jiyoung , bagaimana saya nak beritahu awak ? Awak sukakan Byung Hun . Byung Hun itu pula sukakan kawan baik awak sendiri . Dia sukakan Suzy . Hmm .”

                Myungsoo bermonolog di dalam hatinya . Dia menghela nafas panjang . Dia membayangkan betapa rumitnya cinta Jiyoung-Byung Hun dan Byung Hun-Suzy . Kopi di tangannya sudah tidak hangat lagi . Sama seperti dirinya , yang tidak hangat lagi setelah mendengar isi hati Jiyoung .

* * * * * * * * * *

“Hai Jiyoung.” Byung Hun menegur Jiyoung yang sedang khusyuk membaca novel .
“Hai.” Balas Jiyoung ringkas . Dia tidak tahu siapa yang menyapanya .
“Awak memang tidak menghiraukan orang ya ? Atau saya ganggu awak baca novel ?” soal Byung Hun bertalu –talu .
“Maafkan saya . Saya tak ber….” kata – kata Jiyoung  berhenti sampai di situ . Dia amat terkejut bila dapat tahu bahawa Byung Hun yang menegurnya sebentar tadi . Jangtungnya berdegup laju seperti baru sahaja menamatkan larian marathon .
“Is this for real ? Oh my god ! Oh my god ! Oh my god !” suara Jiyoung diperlahankan seperti berbisik ke telinga Byung Hun .
“Huh ? Kenapa awak ni ?” berkerut – kerut muka Byung Hun melihat Jiyoung .
“Aaa , err , err , ehemm . Ehh tiada apa , tiada apa .” Jiyoung tersipu – sipu malu .
“Hahaha , awak ni funny lah Jiyoung . Emm , kalau saya ajak awak keluar Sabtu ni , awak nak ? Awak free ke ?” Byung Hun mempelawa Jiyoung dengan mesra .
“Aaa , err , okay okay . Tapi jangan beritahu orang lain ya ?” Jiyoung sedikit gugup dan gemuruh .
“Okay ! No problem . Hari Sabtu , pukul lapan malam di Seoul Plaza ? Okay ?” Byung Hun nampak bersungguh – sungguh .
“Okay!” balas Jiyoung dengan penuh gembira sambil membuat tanda ‘ok’ .

* * * * * * * * * *

‘Myungsoo , awak di mana ?’
‘Saya di perpustakaan . Why?’
‘Okay . Duduk situ diam – diam  . Saya ke sana sekarang.’

                Sms ringkas antara Jiyoung dan Myungsoo sampai di situ sahaja . Myungsoo tertanya – tanya mengapa Jiyoung begitu bersungguh – sungguh mahu berjumpa dengannya .
                Perjalanan dari kelas ke perpustakaan biasanya mengambil masa selama lima minit tetapi Jiyoung mengambil masa tiga minit sahaja kerana dia berlari ke sana . Setelah memasuki ruang utama perpustakaan , matanya melilau mencari Myungsoo . Myungsoo yang menyedari Jiyoung mencarinya mula melambai – lambaikan tangannya .

“Mengapa ni ? Gembira semacam ? Saya pelik tengok gelagat awak ni.” Myungsoo memandang Jiyoung dengan mata yang terbeliak .
“Awak tahu ? Tadi Byung Hun baru saja ajak saya keluar hari Sabtu ni . Arghhh!” Jiyoung gembira dan cuba merendahkan suaranya .
“Oh , baguslah tu . Janji awak gembira.” Myungsoo membalas lemah . Dia rasa terpukul .
“Ehh kejap . Tapi tapi tapi , awak tak beritahu apa – apa pada Byung Hun kan ?” Jiyoung teringat akan janji mereka malam semalam .
“Eh taklah . Saya tak beritahu sesiapa pun . Lebih – lebih lagi Byung Hun dan Suzy .” Myungsoo berkata yang sebenarnya .
“Ohh okay . Jadi , ini semua memang takdir saya bukan ? Dia memang sukakan saya bukan ? Wah , tak sangka cepat begini ! Okaylah Myungsoo , saya ingin pergi ke kafe . Bye !” Jiyoung pergi sambil melambai – lambai .

                Myungsoo tersenyum saja . Senyuman palsu yang dibuat – buat itu , semua orang akan percaya kerana memang dirinya yang sebenar – suka tersenyum , lemah – lembut dan baik hati . Dia mengambil keputusan untuk keluar dari perpustakaan .

“Hi Myungsoo .” Suzy menyapa Myungsoo yang baru sahaja menutup kembali pintu perpustakaan .
“Oh , hi Suzy . Awak dari mana ke mana ?” Myungsoo bertanya dengan lembut .
“Saya baru selesai study group dengan kawan – kawan yang lain . Tapi Jiyoung tiada hari ini .” balas Suzy kehairanan .
“Oh Jiyoung . Dia dengan saya tadi . Tapi dia dah pergi dulu . Dia ke kafe .” Myungsoo menjawab dengan nada yang tidak bermaya .
“Okay , kalau begitu saya ke kafe dulu . Ada hand out yang perlu dia dapatkan . Terima kasih Myungsoo .” kata Suzy sambil berlalu pergi . Dia tersenyum manis .
“Sama – sama . Okay bye .” balas Myungsoo yang mula menuruni anak tangga .

                Myungsoo menghentikan langkahnya apabila melihat Byung Hun sedang berlari ke arahnya . Wajah Byung Hun yang bersungguh – sungguh itu , gayanya seperti atlet , jika merempuh Myungsoo di tangga itu pasti teruk akibatnya .

“Hey , hey . Perlahan sikit . Kenapa laju sangat ni ? Nak kejar siapa ? Nampak hantukah ?” Myungsoo menyoal bertalu – talu dan cuba menenagkan Byung Hun .
“Saya kejar . Huh . Suzy . Saya kejar Suzy . Awak nampak Suzy ? Dia ada lalu di sini tadi rasanya .” Byung Hun menjawab termengah – mengah tetapi bibirnya menguntum senyuman apabila menyebut nama Suzy .
“Saya ada berbual dengan Suzy di sini tadi . Dia ke kafe . Tapi , saya ingin tahu juga , kenapa awak beriya 
sangat nak jumpa Suzy ?” Myungsoo kehairanan .
“Saya ingin ajak dia keluar bersama hari Sabtu ni . Tak sabar rasanya . Apakah reaksinya nanti kan ?” balas Byung Hun lalu pergi meninggalkan Myungsoo sebelum Myungsoo sempat membalas apa - apa .

                Myungsoo menghela nafas panjang . Dadanya terasa sesak bila dapat tahu yang Byung Hun ajak Jiyoung dan Suzy keluar bersama dalam satu masa . Dia tidak mahu Jiyoung berasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa Byung Hun sukakan Suzy , bukan dirinya . Dia mati akal mahu memikirkan caranya .

 * * * * * * * * * *

“Emm , nak pakai apa ya ? Dress merah ini terlalu menonjolkah ? Kalau pakai baju warna kuning air , nampak tenggelamkah ? Warna hitam nampak cantik . Tapi warna biru ni menawan .  Byung Hun pakai baju warna apa agaknya ya ? Hmm.” Jiyoung bercakap dengan dirinya sendiri .

                Koleksi baju – bajunya berselerak di atas katil . Dia sendiri pening kepala mahu fikir pakaian apa yang harus dipakai untuk keluar bersama Byung Hun nanti . Dia melihat jam tangan di pergelangan tangannya , “Ahh ! Lagi dua jam ! Tak sempat ni !” dia menjerit di dalam hati .

                Jiyoung segera membuat pilihan . Dia memilih secara rawak . Akhirnya dia membuat keputusan untuk memakai baju berwarna biru . Dia menggayakan baju itu dengan seluar jeans paras lutut dan cardigan . Dia menghabiskan setengah jam bersolek dan memastikan rupanya elok dan menawan . Dia kembali melihat jam tangan dan mendapati masih ada satu jam sebelum pukul lapan malam .

“Emm , ke rumah Myungsoo dululah .” kata Jiyoung .

                Jiyoung berjalan kaki sahaja ke rumah Myungsoo . Rumah mereka dekat . Lima minit berjalan kaki 
sudah sampai . Dia ingin bertanyakan pendapat Myungsoo tentang penampilannya malam ini . Myungsoo juga lelaki . Sama seperti Byung Hun . Oleh yang demikian , pendapat Myungsoo amat berguna baginya .
                Lagi beberapa langkah ke rumah Myungsoo , tiba – tiba Myungsoo keluar dengan pakaian yang lengkap . Jiyoung sedikit terkejut tetapi dia cuba untuk kelihatan relaks .

“Myungsoo ! Myungsoo ! Awak nak ke mana tu ?” soal Jiyoung kehairanan .
“Ohh , hi Jiyoung . Err , tiada ke mana – mana pun . Saya mahu keluar ambil angin . Emm , awak nampak cantik malam ni . Mesti Byung Hun terpesona melihat awak nanti .” Myungsoo memuji Jiyoung dengan ikhlas .
“Terima kasih Myungsoo . Saya jadi malu ni .” Jiyoung tertunduk malu .
“Sama – sama . Ehh awak janji dengan Byung Hun pukul berapa ?” Myungsoo sengaja membiarkan hatinya luluh demi kebahagiaan Jiyoung .
“Ehh , saya sudah lambat ni ! Aaa , saya pergi dulu ya . Nasib baik dekat saja dengan rumah kita . Okay jumpa nanti ya . Bye !” Jiyoung sedikit cemas dan segera pergi meninggalkan Myungsoo .

                Myungsoo tersenyum kelat . Bibirnya cuma segaris . Dia memulakan perjalanannya . Dia mahu mengambil angin . Angin sejuk malam – malam begini membantunya untuk mengurangkan tekanan . Fikirannya ligat memikirkan Jiyoung , Byung Hun dan Suzy . Dia juga tak habis fikir mengapa Byung Hun boleh mengajak kedua – dua perempuan yang berkawan baik itu keluar bersama pada malam yang sama , di tempat yang sama .

* * * * * * * * * *

“Hello . Byung Hun , kamu ada di mana ? Saya ada di pintu masuk .” Jiyoung menelefon Byung Hun setelah dia tiba di hadapan pintu masuk .
“Wah , kamu nampak cantik malam ni Jiyoung . Saya rasa gembira dapat keluar dengan gadis secantik kamu .” kata – kata Byung Hun yang lebih memuji itu langsung tidak menjawab soalan Jiyoung .
“Kamu ni ada – ada sahaja . Kamu tipu ni . Mana kamu nampak saya ? Saya tak nampak kamu pun . Saya pasti kamu tipu ni .” Jiyoung sedikit malu namun hatinya bangga sekali Byung Hun memujinya .
“Cuba pusing belakang.” Suara Byung Hun diperlahankan dan kedengaran begitu mesra sekali .

                Jiyoung pusing ke belakang . Dia terkejut melihat Byung Hun berdiri lebih kurang empat meter darinya . Di tangannya ada sejambak bunga ros segar . Perasaannya pada ketika itu , hanya Tuhan saja yang tahu . Dia terlalu gembira sehingga tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang bunyi . Dia diam membisu . Bibirnya terus menguntum senyuman manis .

                Byung Hun mula berjalan ke arahnya . Dia kelihatan sungguh tampan pada malam itu . Kemeja hitam itu nampak sungguh sesuai dengan dirinya . Dia kelihatan kemas , menarik dan kacak . Sesiapa sahaja pasti akan mengatakan dia nampak hebat malam itu .

“Ini untuk awak . Terimalah .” Byung Hun bercakap dengan lembut dan menghulurkan jambangan bunga ros merah itu kepada Jiyoung .
“Terima kasih , Byung Hun .” Jiyoung teragak – agak menyambut jambangan bunga itu .

                Byung Hun memandang tepat wajah jelita Jiyoung . Jiyoung tertunduk malu sambil tangannya mencapai jambangan bunga itu . Jari – jemari Jiyoung segera digenggam kemas Byung Hun . Byung Hun memeluknya . Erat sekali . Seakan – akan tidak mahu melepaskannya . Jiyoung berasa bahagia sekali .

“Mari saya bawa awak ke suatu tempat .” Byung Hun mengajak Jiyoung . Dia melayan Jiyoung dengan baik sekali .

                Jiyoung sekadar mengikut saja Byung Hun . Mereka memasuki ruang legar Seoul Plaza sambil berpegangan tangan . Mereka nampak secocok sekali . Byung Hun membawa Jiyoung ke sebuah restoran mewah yang bertemakan romantik . Mereka melangkah masuk ke dalam restoran dan pelayan membawa mereka ke sebuah meja yang telah ditempah khas oleh Byung Hun .

“Byung Hun , awak susahkan diri sahaja .” Jiyoung menahan malu yang mendalam .
“ Taklah . Mana ada susah . Saya buat demi awak . Emm , saya tak tahu nak cakap macam mana . Tapi , sebenarnya , sejujurnya dari lubuk hati saya yang paling dalam , saya sukakan awak sejak kali pertama kita bertemu ..” Byung Hun meluahkan perasaannya kepada Jiyoung .
“Byung Hun ahhh.” merah padam muka Jiyoung menahan malu tapi hatinya gembira sekali .

                Byung Hun mencapai tangan kanan Jiyoung . Dia menggenggam kemas jari – jemari yang lembut itu . Kemudian pelayan datang dan meletakkan sebuah kotak merah sebesar tapak tangan di dalam pinggan Jiyoung yang masih kosong .

“Bukalah Jiyoung . Hadiah itu ikhlas daripada saya .” Byung Hun tersenyum .

                Jiyoung membuka kotak merah itu dengan berhati – hati . Hatinya berdebar – debar . Ternyata di dalam kotak itu ada seutas rantai yang amat cantik .

“Awak pasti suka bukan ? Mari saya pakaikan untuk kamu .” Byung Hun segera bangun dan memakaikan rantai itu pada leher Jiyoung .
“Wah cantiknya awak Jiyoung . Saya suka melihat awak begini . Lebih – lebih lagi awak memakai rantai pemberian saya . Awak bertambah berseri .” Byung Hun memuji – muji Jiyoung .

                Jiyoung tidak membalas apa – apa . Dia diam membatu . Lidahnya kelu membeku . Dia terkujut dengan semua yang berlaku pada hari ini . Dia merasakan dirinya seperti watak dalam kisah dongeng sahaja . Semasa kecil , dia amat sukakan cerita dongeng . Begitu juga dengan Suzy . Lamunannya terhenti apabila telefon bimbit Byung Hun berdering . Dia membiarkan Byung Hun menjawab panggilan itu tanpa mempedulikan butir bicara perbualan itu .

“Emm , Jiyoung . Terima kasih tau .” Byung hun berterima kasih secara tiba – tiba .
“Erk ? Untuk apa pula ?” Jiyoung kehairanan .
“Sebenarnya , saya practice saja . Saya practice dengan awak sebab awak kawan baik Suzy .” Byung Hun membalas dengan bersahaja tetapi ada maksud tersirat .

                Jiyoung semakin pelik . Wajahnya berkerut – kerut dan jelas mempamerkan seribu tanda tanya .

“Awak tak faham ya Jiyoung ? Ohh , haha . Begini , saya sukakan Suzy . Suka sangat – sangat ! Harini saya ada mengajak dia keluar juga . Tetapi satu jam lewat daripada awak . Saya suruh dia datang sini pukul sembilan . Dia sudah ada di bawah . Saya akan lakukan sepertimana yang sudah saya lakukan bersama awak tadi . Saya harap tindak balasnya sama seperti awak . Yalah , awak berdua kawan baik . Pasti perasaan sama saja bukan ? Saya pergi dulu , Suzy dah tunggu saya di bawah .” Byung Hun menjelaskan tanpa rasa bersalah .

                Byung Hun segera meninggalkan Jiyoung . Dia sendirian di sana . Kata – kata Byung Hun membuat hati Jiyoung luluh , hancur ibarat kaca dihempaskan ke batu . Dia tak pernah menyangka semuanya akan jadi begini . Dia berasa sangat sedih . Nampaknya Byung hun telah mempergunakannya sebagai alat untuk berlatih supaya dia berhasil memikat Suzy .

                Tiba – tiba Byung Hun muncul semula .

“Ehh , Jiyoung . Saya lupa nak beritahu awak . Awak segera keluar dari tempat ini ya ? Jangan guna lif yang kita naik tadi . Awak guna lif di sebelah sana . Err , lagi satu . Ini bukan untuk awak . Ini Suzy punya . Cantik bukan ? Emm , terima kasih Jiyoung . Bye !” Byung Hun menanggalkan rantai di leher Jiyoung dan berlalu pergi . Dia juga mengambil semula jambangan bungan ros itu

 * * * * * * * * * *

                Jiyoung berjalan keluar dari tempat itu . Hatinya luluh dan kecewa . Dia berasa sangat kecewa . Air matanya ditahan – tahan . Seboleh – bolehnya dia mahu menjerit sekuat hatinya pada waktu itu . Tetapi dia menahan segala – galanya . Semasa berjalan pulang menuju ke rumahnya , dia berhenti di tasik tempat dia dan Myungsoo selalu mengambil angin .
                Myungsoo yang mengambil angin di kawasan tasik itu terkejut melihat Jiyoung yang Nampak lemah dan tidak bermaya duduk di salah sebuah bangku di tepi tasik itu . Dia segera berlari ke arah Jiyoung .

“Hei , Jiyoung . Mengapa ni ?” Myungsoo datang entah dari mana .

                Jiyoung memandang tepat wajah Myungsoo . Matanya merah . Air matanya bergenang . Dia tidak dapat menahan butir – butir mutiara itu lagi . Air mata yang ditahan – tahannya itu akhirnya jatuh juga . Myungsoo segera duduk di sebelah Jiyoung . Dia memeluk Jiyoung . Erat dan kemas .

“Myungsoo , aaa . Byung Hun . Dia . Tadi saya . Aaa Suzy .” nafas Jiyoung tersekat – sekat .
“Shhhh . Sudahlah Jiyoung .” Myungsoo mengarahkan agar Jiyoung diam sahaja . Realitinya , Myungsoo jauh lebih memahami hal sebenar .

                Jiyoung terus menangis sementara Myungsoo cuba untuk menenangkannya . Kehangatan pelukan Myungsoo sedikit sebanyak membantu Jiyoung menenangkan dirinya , jiwanya dan perasaannya . Dia berasa kasihan terhadap Jiyoung . Dia juga marah akan Byung Hun . Seandainya dia boleh membantu , pasti Jiyoung tidak akan sedih begini .

“Jiyoung , awak lihat ikan - ikan di dalam tasik itu . Berenang dengan gembira dengan kawan – kawannya . Saya mahu awak jadi macam ikan – ikan tu . Saya kawan awak . Awak masih ada saya . Kita masih boleh hidup gembira bukan ?” kata – kata Myungsoo membawa makna tersirat .

“Saya tahu . Awak kawan saya yang paling baik . Semasa susah mahupun senang , awak jugalah yang sentiasa ada . Saya akan teruskan hidup saya . Saya akan gembira . Saya nak hidup macam ikan – ikan tu .” Jiyoung membalas tersedu – sedan .
“Baguslah begitu . Awak Nampak dah okay . Emm , saya dah lama teringin nak cakap ni Jiyoung .” Myungsoo memberanikan diri untuk sebuah pengakuan .
“Apa ?” Jiyoung bertanya sambil mengesat air matanya .
“Saya sayangkan awak . Lebih daripada seorang kawan . Saya berharap kita dapat hidup sebagai pasangan kekasih . Sudah lama Jiyoung . Dari kecil kita berkawan . Sejak itulah saya menyimpan perasaan ini . Saya minta maaf .” Myungsoo meluahkan rasa cintanya dan mengakhirkannya dengan maaf .
“Aaa Myungsoo . Saya boleh terima awak . Saya kenal hati budi awak . Awak baik dengan saya . Saya juga . Sayangkan awak . Pasangan kekasih ? Erk , saya malu nak cakap . Tapi , awak Nampak sesuai dengan saya . Hati saya yang cakap macam tu .” Jiyoung jujur menyatakan perasaannya .

                Mereka bepandangan sesama sendiri . Myungsoo memandang tepat ke arah Jiyoung . Jiyoung yang sedikit malu mengukir senyuman manis yang ikhlas . Mereka tertunduk dan ketawa . Jiyoung membalas pelukan Myungsoo yang dari tadi tidak putus – putus menghangatkan badannya .

“Kenanglah , ini malam pertama kita .” Myungsoo kedengaran agak tersipu – sipu malu .
“Apa awak cakap ni ? Ayat tak lengkap tu . Sebagai pasangan kekasih . Ini malam pertama kita sebagai pasangan kekasih .” Jiyoung membalas dan dia juga malu – malu sama seperti Myungsoo .
“Ohh , lupa ! Maaf . Emm , awak lupakan Byung Hun okay ?” kata – kata Myungsoo penuh dengan harapan .
“Tentulah . Saya kekasih awak , takkan saya nak ingat pada Byung Hun sentiasa kan ? Lagi pula , Suzy kawan baik saya . Percayakan saya okay . Cuma awak saja yang ada dalam fikiran saya ni sekarang ini dan selamanya .” Jiyoung manja sekali .
“Baguslah begitu . Kita doakan mereka bahagia , sebahagia kita .” ikhlas hati Myungsoo mendoakan Byung Hun dan Suzy .
“Ya . Harap mereka dapat nikmati saat – saat manis bersama seperti yang kita lalui sekarang . Saya sayang awak Myungsoo .” Jiyoung mengakui dengan ikhlas hati .
“Saya juga .” Myungsoo membalas ringkas tetapi membawa maksud yang mendalam .

                Mereka kekal duduk di bangku itu untuk satu tempoh yang agak lama . Dingin malam itu menemani mereka . Ikan – ikan di dalam tasik yang jernih itu menjadi saksi cinta mereka berdua . Angin terus bertiup perlahan . Semakin lama , semakin sejuk . Tetapi mereka masih belum pulang ke rumah masing – masing .

                Jiyoung tertidur dalam pelukan Myungsoo yang hangat . Myungsoo tidak sampai hati untuk mengejut gadis manis itu dari lenanya . Dia mengambil keputusan untuk terus duduk di situ dan menikmati saat manis dan berharga itu . Lama – kelamaan , Myungsoo juga lena di sisi Jiyoung .

                Sementara Byung Hun dan Suzy pula , sama seperti Myungsoo dan Jiyoung . Mereka berdua juga 
pasangan kekasih . Segala yang Byung Hun practice semasa bersama Jiyoung , berjalan dengan lancer . Suzy menerima Byung Hun dengan ikhlas hati .


                Kisah hidup mereka , seperti yang Jiyoung dan Suzy harapkan sejak dari kecil . Watak dalam cerita dongeng . Akhirnya tercapai setelah prince charming muncul dengan tidak disangka – sangka . Hidup bahagia ? Semua orang inginkannya . Dalam percintaan , mesti ada kepercayaan , kejujuran dan keikhlasan . Tak semestinya kasih sayang melambangkan segalanya . Macam dalam cerita dongeng , setiap yang bercinta , pasti bahagia .


- The End -

Older Post | Newer Post