Fanfiction ϟ Aku tulis cerita nie guna otak aku sendiri , amik masa yang sangat lama nak karang cerita , cari idea , fikir tuu , fikir nie . Aku tak copy paste cerita orang lain okay . Aku curi idea dalam drama kat tv jea . So , dilarang meniru sebarang unsur yang terdapat dalam Fanfic aku nie . Haram ya . Aku ulang sekali lagi , HARAM . Lagi satu , aku tak check balik apa yang aku post . So , kalau ada typo tuu biasa sebab manusia tak sempurna OK ==' Thank you ._.


Confession Of A Friend : Episode 3
Sunday, 15 January 2012 | 23:41 | 0 comments



“ Ji-Yeon , saya suka awak . ”
“ Ji-Yeon , saya suka awak . ”
“ Ji-Yeon , saya suka awak . ”

            Ji-Yeon menekup mukanya dengan bantal . Terngiang - ngiang di telinganya luahan hati Joon petang semalam . Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan . Malah untuk mengeluarkan sepatah perkataan juga tidak terucap . Dia terkenang peristiwa itu .

flashback

“ Ji-Yeon , saya suka awak . ”

            Hati Ji-Yeon tersentak . Dia tidak tahu apa yang harus dibalas . Jantungnya berdegup kencang . Perasaannya kosong dan hambar . Dia cuma terkejut .

“ Ji-Yeon ? ” Joon bercakap sambil melambaikan tangannya untuk menghentikan lamunan Ji-Yeon .
“ Awak tak dengar saya ke ? ” soal Joon lagi .

            Ji-Yeon mengangguk sahaja . Dia tertunduk . Mukanya merah padam menahan malu . Ji-Yeon segera membangunkan dirinya yang jatuh di atas badan Joon .

“ Saya minta maaf . Saya harap awak tak cedera Joon . Saya masuk dahulu , ” Ji-Yeon langsung tidak menjawab Joon dan bergegas pulang ke villa .

* * * * * * * * *

Joon mengetuk pintu bilik Ji-Yeon , dengan lembut di bersuara , “ Ji-Yeon , mari pulang . Saya hantar awak . Hari sudah malam , ”

            Ji-Yeon membuka pintu dan melihat Joon di berdiri tegak di hadapannya . Dia sekadar senyum dan menutup pintu biliknya semula . Mereka berjalan menuruni tangga dan ke tempat letak kereta . Joon membukakan pintu untuknya seperti biasa . Kunci villa diserahkan kepada pembantunya .

            Gelap malam menemani perjalan mereka pulang ke rumah . Ji-Yeon diam membisu . Joon kelihatan sedikit khuatir kerana pengakuannya petang tadi mungkin telah menyinggung perasaan Ji-Yeon . Sekali - sekala Joon menjeling ke arah perempuan yang disukainya itu . Memang Joon risaukan keadaan Ji-Yeon .

Setibanya di rumah Ji-Yeon ,
            “ Terima kasih Joon . Saya gembira hari ini ,” kata Ji-Yeon dan segera keluar daripada kereta sebelum Joon sempat membalasnya .

            Joon keluar dari kereta . Dia menyambut tangan Ji-Yeon yang hangat . Wajah Ji-Yeon sedikit terkejut tetapi dia membiarkan sahaja Joon menggenggam tangannya .

            “ Ahh Ji-Yeon . Saya minta maaf sangat . Saya dah lakukan sesuatu yang tidak sepatutnya . Saya minta maaf , ” Joon menundukkan mukanya . Hatinya tulus meminta maaf .
            “ Apa yang awak buat ? Saya tak tahu pun ? Hmm , tak mengapalah . Lupakan saja salah awak jika ada . Saya okay , ” Ji-Yeon berpura – pura tidak tahu apa – apa .

            Joon melepaskan tangan Ji-Yeon dan mengucapkan maaf sekali lagi . Hatinya sedikit kecewa . Kedua – dua mereka mengucapkan selamat malam dan peristiwa itu berakhir di situ .

* * * * * * * *

“ Seperti yang saya janjikan , hari ini saya akan mengumumkan pelajar terbaik bagi tahun ini . Berdasarkan keputusan ujian akhir tahun kamu semua , pelajar yang berjaya mencapai prestasi terbaik pada tahun ini ialah ” pengetua Shinhwa menghentikan kata – katanya di situ .

            Para pelajar di Sekolah Tinggi Shinhwa tertanya – tanya . Dada mereka berkobar – kobar ingin tahu siapakah pelajar pintar itu . Cheon Dong tidak senang duduk .

“ Hey ! Cuba relax sedikit . Kamu ni kelakarlah ! ” Yong Hwa berasa geli hati melihat Cheon Dong .
“ Hmm , saya risau ni . Adakah nama saya yang akan diumumkan ? Ahh ! Saya malu , saya malu . Terharunyaaaaa ! ” kata – kata Cheon Dong melakar kerutan di dahi Joon dan Yong Hwa .
“ Perasannya kamu ni Cheon Dong ! ” Joon dan Yong Hwa berkata serentak tanpa dirancang .

            Ungkapan Joon dan Yong Hwa disambut dengan tawa kecil rakan – rakan mereka . Cheon Dong sedikit malu tapi mukanya selamba saja . Matanya melirik ke arah orang yang mentertawakannya . Dia hanya senyum saja sebagai penutup .

“ Pelajar terbaik tahun ini ialah Park Ji-Yeon dengan jumlah A terbanyak iaitu sebanyak 11 A yang berjaya dikumpulkannnya . Berikan tepukan yang gemuruh , ” pengetua mengumumkan dengan bangga hati .

            Bunyi tepukan memenuhi segenap ruang dewan . Semua mata memandang ke arah Ji-Yeon . Ucapan tahniah dilontarkan kepada Ji-Yeon . Semua orang berasa bangga dengan pencapaian Ji-Yeon .

“ Ahh , saya tak percayakan ini ! ” jerit Ji-Yeon kesukaan . Bibirnya menguntum senyuman manis . Dia berdiri dan mengatur langkah ke pentas utama . Semua pelajar berdiri dan bertepuk tangan .
            Semasa berjalan , dia perasan Joon , Cheon Dong dan Yong Hwa sudah berdiri dengan megah di tepi pentas utama . Langkahnya dicepatkan . Mereka berempat berpelukan membentuk bulatan . Joon , Cheon  Dong dan Yong Hwa mengiring Ji-Yeon ke atas pentas . Ji-Yeon menerima sijil pencapaian , sejambak bunga dan trofi penghargaan . Gambarnya diambil oleh juru gambar sekolah dan rakan – rakannya .

“ Terima kasih semua . Saya ingin berterima kasih kepada barisan tenaga pengajar Sekolah Tinggi Shinhwa , rakan – rakan sekelas dan orang – orang yang rapat dengan saya iaitu Joon , Cheon Dong , Yong Hwa dan pasangannya Seo Hyun yang tidak berada di sini . Kamu semua telah berkongsi ilmu dengan saya dan memberi sokongan kepada saya selama ini . Terima kasih ! Saya tak tahu nak cakap apa lagi . Akhir kata , kita haruslah terus berusaha untuk terus maju ke hadapan ! ” ucap Ji-Yeon ringkas tetapi bermakna .
“ Sama – sama Ji-Yeon . Teruskan usaha kalian . Cuti semester 2 akan bermula dua minggu dari sekarang . Para pelajar boleh bersurai , ” pengetua memberikan ucapan terakhir .

            Para pelajar bersorak keriangan kerana cuti semester 2 telah diumumkan . Mereka nampaknya tidak sabar – sabar hendak pergi bercuti bersama keluarga dan rakan – rakan . Musim sejuk yang akan datang pasti dipenuhkan dengan bermalas – malas di rumah .

* * * * * * * * * *
            Ji-Yeon mengemas barang – barangnya . Dia berasa bangga sekali . Dia membuka locker miliknya di bilik persalinan . Hatinya tersentuh apabila melihat gambar keluarganya yang ditampal di pintu locker . Sudah hampir lapan bulan ibu dan bapanya tidak pulang ke Korea . Dia ingin sekali meraikan kejayaannya ini bersama ibu dan ayahnya . Tetapi urusan kerja memaksa Ji-Yeon berjauhan dengan ibu dan ayahnya yang kini berada di Melbourne . Dia menangis di situ .

            Ji-Yeon memang nampak ceria sentiasa . Tetapi jauh di sudut hatinya , dia sangat rindukan ibu dan ayahnya . Butir – butir mutiara menitis dari matanya . Dia tahu , dia tidak sepatutnya menangis pada hari ini . Dia sepatutnya meraikannya . Dia cuba untuk menenangkan dirinya perlahan – lahan . Air mata yang tadinya deras kini sudah mulai reda . Dia mencapai telefon bimbit dengan niat di hatinya untuk mendail nombor ibunya . Belum sempat dia mendail , telefon berdering dan kelihatan nama Cheon Dong terpapar .

“ Hello , Cheon Dong . ”
“ Ji-Yeon , hi ! Kamu di mana ? ”
“ Saya sedang mengemas barang – barang saya di dalam bilik persalinan . Mengapa ? ”
“ Okay great . Saya tunggu awak di luar . Lagi lima minit saya sampai sana . ”
“ Okay then . Bye . ” 

            Ji-Yeon segera memasukkan barang – barannya di dalam beg kertas . Sebelum keluar dia melihat dirinya di hadapan cermin . Dia berlatih untuk senyum dan ceria . Dia tidak mahu Cheon Dong perasan apa – apa perubahan pada dirinya . Tiba – tiba dia terasa sakit di pinggang bahagian belakang . Dia menahan kesakitan , tidak mahu sesiapa mendengarnya lebih – lebih lagi Cheon Dong yang akan tiba dalam masa lima minit . Dia bersandar di dinding . Kesakitannya dia tanggung sendiri dan pendam sahaja . Ji-Yeon segera memaksa dirinya untuk kelihatan baik dan okay . Sekali lagi dia berlatih senyum dan berjalan perlahan keluar dari bilik persalinan .

“ Ji-Yeon . ”
“ Maaf saya lambat keluar . Saya kemas barang sikit . Lagi dua minggu kita akan bercuti . ”
“ Oh tiada apalah itu . Saya pun baru sahaja sampai . Mari biar saya bawakan barang awak tu . ”
“ Nah . Terima kasih Cheon Dong . Terima kasih untuk segalanya . ”
“ Tahniah Ji-Yeon . Awak ni memang pandailah . Saya bangga dengan awak ! Oleh sebab itu , saya nak hadiahkan awak ini . Terimalah . ”
“ Ehh Cheon Dong . Janganlah bersusah – payah . ”
“ Tak susah pun . Saya ikhlas ni . Terimalah ya ? ”
“ Okay , terima kasih Cheon Dong . Boleh saya buka sekarang ? ”
“ Bukalah . Kita duduk dulu di sini . ”

            Ji-Yeon dan Cheon Dong duduk di bangku yang diletakkan di antara bilik persalinan lelaki dan perempuan . Ji-Yeon sangat teruja untuk membuka hadiah kecil pemberian Cheon Dong itu . Pada masa yang sama , Joon baru saja mahu melangkah keluar dari bilik persalinan lelaki dan langkahnya terhenti setakat di depan pintu sahaja . Dia hanya memandang dari jauh Ji-Yeon yang sedang membuka hadiah pemberian Cheon Dong .

            Joon berpaling dan bersandar di sebalik tiang . Dia memandang hadiah di tangannya . Dia tertanya – tanya samada Ji-Yeon akan menerima hadiahnya itu . Raut wajahnya jelas menunjukkan kekecewaan dan kesedihan . Tangannya menggenggam erat hadiah itu . Dia kembali meninjau Ji-Yeon dan Cheon Dong . Joon dapat mendengar perbualan mereka di sebalik dinding itu .

“ Wah ! Cantiknya Cheon Dong . Saya sukakannya ! ” Ji-Yeon sungguh teruja menerima hadiah pemberian Cheon Dong .
“ Saya bersyukur awak suka . Mari saya tolong pakaikan di leher kamu , ” kata Cheon Dong sambil mengambil rantai leher itu .
            Joon melihat sahaja dari jauh . Dia tidak bergerak . Dia memandang tepat ke wajah Cheon Dong . Cheon Dong tersenyum dan gembira . Ji-Yeon nampak sangat sukakan hadiah itu . Kemesraan mereka berdua sangat jelas semasa Ji-Yeon menyimpul rambutnya sementara Cheon Dong mengenakan rantai leher itu pada leher Ji-Yeon . Hatinya tersentak . Dia mengambil kesempatan itu untuk pergi dari situ mengikut arah yang bertentangan .

“ Awak tengok ni . Rantai leher ini tertulis nama kamu ‘Ji-Yeon’ . Cuba kamu lihat di belakangnya . ”
“ ‘Cheon Dong’ ? Mengapa ada nama kamu ? Ohh saya sudah faham . Awak mahu saya kenang hadiah pemberian awak kan ? Okay , saya pasti ingat . ”
“ Tak Ji-Yeon . Tak . Bukan itu maksud saya . Saya . . . Saya sukakan awak Ji-Yeon . ”

            Keadaan jadi senyap seketika . Cheon Dong memandang tepat ke arah muka Ji-Yeon . Ji-Yeon tunduk memandang lantai . Dia menyoal dirinya sekali lagi , “ Ahh , tak mungkin sekali lagi kan ? ”

Bersambung . . . . . 

Older Post | Newer Post