Fanfiction ϟ Aku tulis cerita nie guna otak aku sendiri , amik masa yang sangat lama nak karang cerita , cari idea , fikir tuu , fikir nie . Aku tak copy paste cerita orang lain okay . Aku curi idea dalam drama kat tv jea . So , dilarang meniru sebarang unsur yang terdapat dalam Fanfic aku nie . Haram ya . Aku ulang sekali lagi , HARAM . Lagi satu , aku tak check balik apa yang aku post . So , kalau ada typo tuu biasa sebab manusia tak sempurna OK ==' Thank you ._.


Confession Of A Friend : Episode 2
Sunday, 1 January 2012 | 22:57 | 0 comments




Ji-Yeon mengeringkan rambutnya di hadapan cermin dalam bilik persalinan . Dia tersenyum puas . Hari ini dia sudah meluangkan 2 jam di trek balapan untuk berjoging . Sudah lama rasanya dia tidak berjoging . Akhir – akhir ini , dia banyak keluar makan dengan rakan – rakannya . Asyik makan saja , jarang bersenam pun tak boleh juga kan .
            Lamunan Ji-yeon terhenti . Telefonnya berdering .

“ Hello Joon . ”
“ Hi . Kamu berada di mana ? ”
“ Saya di bilik persalinan . Kenapa ? ”
“ Tiada apa . Saya tunggu di luar . Saya di bilik persalinan lelaki ni . ”
“ Okay , saya akan keluar sekejap lagi . Bye . ”

            Ji-Yeon segera menyiapkan dirinya . Dia memakai dress merah yang menawan . Rambutnya dilepaskan kerana masih lembap . Dia tidak mengenakan solekan di wajahnya . Wajah semula jadinya jauh lebih baik , neutral dan original .

“ Joon , saya dah siap ! ” Ji-Yeon menyergah Joon yang duduk di bangku di luar bilik persalinan perempuan .
“ Comel . Awak sungguh comel berpakaian begini , ” komen Joon sambil tersenyum .
“ Terima kasih Joon . Awak selalu puji saya . Saya jadi malu ni , ” balas Ji-Yeon tertunduk malu .
“ Saya cuma cakap apa yang saya nampak . Saya tak tipu ni . Awak comel , ” Joon berterusan memuji Ji-Yeon .
“ Sudahlah Joon . Malunya saya ! ” Ji-Yeon meninggikan suaranya sedikit .
“ Okay , okay . Maafkan saya . Sebagai tanda minta maaf , awak ikut saya harini , ” pelawa Joon .
“ Kita mahu ke mana ? ” tanya Ji-Yeon .
“ Awak akan tahu nanti . Jom ! ” Joon menarik tangan Ji-Yeon .
           
Joon dan Ji-Yeon keluar meninggalkan perkarangan bilik persalinan . Tangan Ji-Yeon digenggam kemas . Mereka nampak mesra sekali . Ramai pelajar perempuan berbisik – bisik melihat mereka . Cemburu agaknya . Joon ramai peminat di sekolah itu .

“ Ji-Yeon , princess . Masuklah , saya bukakan pintu awak . ”
“ Terima kasih Joon . ”
“ Sama – sama . ”

            Joon menghidupkan enjin keretanya dan memandu meninggalkan perkarangan sekolah .

“ Awak nak bawa saya ke mana Joon ? ”
“ Harini hari awak . Awaklah princess . Saya bawa awak ke syurga . ”
“ Apalah yang awak katakan ini . Sebelum itu , kenapa awak selalu panggil saya princess ? ”
“ Kenapa ? Awak tak suka panggilan tu ? ”
“ Bukan tak suka . Saya okay saja . Tapi ingin tahu juga kenapa awak selalu panggil saya princess . ”
“ Ohh , okay . Awak juga tahukan ? Saya anak tunggal . Saya inginkan adik perempuan . Saya panggil awak princess sebab awak ada ciri – ciri  adik perempuan yang saya idamkan . ”
“ Ohh begitu . Kalau begitu , awak teruskanlah panggil saya princess . Saya kasihankan awak . Saya juga anak tunggal sudah pasti saya tahu perasaan awak . Tapi saya tak rasa kekurangan sebab awak selalu ada . Cheon Dong dan Seo Hyun juga Yong Hwa . Kehidupan saya sudah lengkap . ”
“ Yeah , all of you complete my life . I mean complete our life . ”
“ Sure . Sekarang kita nak ke mana ? ”
“ Saya nak bawa awak ke sebuah tasik rahsia . ”
“ Wah ! Pasti seronok tempat tu ! Saya tak sabar rasanya . Tapi , kenapa awak tak ajak Cheon Dong , Seo Hyun dan Yong Hwa sekali ? ”
“ Yong Hwa ada urusan keluarga . Cheon Dong dan Seo Hyun , biasalah pasangan adik – beradik itu sentiasa ada sesuatu untuk dilakukan . Tinggal kita berdua . ”
“ Ohh , begitu . Hmm , jauh lagikah perjalanan kita ? ”
“ Tak jauh . Dah dekat ni . ”

            Mereka meneruskan perjalanan . Setibanya di hujung simpang , tersergam indah sebuah villa . Terdapat sebuah tasik yang indah di hadapan villa itu . Pemandangan yang sangat cantik dan memukau mata siapa sahaja melihatnya .

“ Ini villa siapa ? Kamu ada kebenarankah untuk masuk ke dalam ? ” tanya Ji-Yeon kehairanan .
“ Jangan risau . Villa ini milik saya . Ayah dan ibu saya hadiahkan sempena hari lahir yang ke-16 tahun . Saya tidak pernah datang ke sini sejak dua tahun lepas . Tapi villa ini dijaga rapi oleh pembantu – pembantu keluarga saya . Awak tunggu sekejap , ” terang Joon dan keluar dari kereta .

            Ji-Yeon terpesona dengan keindahan villa dan pemandangan tasik itu . Umpama syurga dunia . Joon pula menuju ke pintu pagar dan menekan kata laluan di kotak keselamatan . Seketika kemudiaan , pintu pagar terbuka luas secara perlahan – lahan . Joon kembali ke dalam kereta dan meletakkan kereta di tempat letak kereta .

“ Jom masuk ! ” Joon mengajak Ji-Yeon masuk ke dalam villanya .

            Ji-Yeon diam sahaja . Wajahnya menunjukkan yang dia benar – benar menikmati pemandangan yang ada . Mereka berjalan memasuki ruang tamu . Langkah Ji-Yeon terhenti . Matanya terpaku melihat hiasan dalaman villa Joon . Gambar Joon , Cheon Dong , Seo Hyun , Yong Hwa bersama dirinya menjadi penyeri villa Joon . Ji-Yeon tersenyum manis tanda gembira .

“ Ji-Yeon , awak minum air ni dulu ya . Lepas tu rehat . Bilik awak kat atas . Petang nanti kita main layang – layang . ” kata Joon lembut .

             Ji-Yeon hanya mengangguk . Dia meneguk minumannya sehingga habis dan meletakkan gelas ke dalam sinki . Baru sahaja dia hendak mencuci gelas itu , tangannya disentuh lembut Joon dari belakang . Ji-Yeon tergamam . Mereka berpandangan sesama sendiri .

“ Aaa , saya cuci . Awak rehatlah , ” kata Joon sedikit cemas .

            Ji-Yeon tidak membalas . Dia segera menaiki tangga menuju ke tingkat atas . Dia gementar secara tiba – tiba . Dia dapat mencari biliknya dengan mudah kerana Joon menampal nama setiap daripada mereka di hadapan pintu bilik . Biliknya bersebelahan dengan bilik Seo Hyun .
            Sebelum masuk ke dalam bilik , Ji-Yeon melihat Joon dari tingkat atas . Joon sangat baik kepadanya . Kemudian dia menolak daun pintu dan mengunci dari dalam . Dia baring di atas katil untuk menenangkan fikiran . Memang harini jadualnya padat , dia kepenatan .
            Baru sekejap dia baring atas katil , fikirannya melayang . Entah mengapa dia terasa ada sesuatu yang mengganggu fikirannya . Sesuatu yang tidak dapat dielakkan . Sesuatu yang berkaitan dengan emosi dan perasaan .

“ Joon , ” bibirnya menyebut nama Joon secara tiba – tiba . Matanya semakin kuyu dan tertidur .

* * * * * * * * * *
“ Ji-Yeon ? ” Joon memanggil Ji-Yeon dari luar bilik .

            Senyap . Tiada respon dari Ji-Yeon . Lama juga Joon memanggil Ji-Yeon , tetapi tiada balasan . Joon mulai resah . Dia berlari ke ruang tamu untuk mengambil kunci tambahan . Pintu bilik Ji-Yeon segera dibuka . Hati Joon berdebar – debar . Dia berdoa agar Tuhan menlindungi Ji-Yeon .

“ Ji-Yeon ?! ” Joon menerjah bilik Ji-Yeon . Suaranya jelas menunjukkan yang dia sungguh cemas .

            Joon cuba meredakan emosinya yang berkecamuk itu . Bibirnya mengukir senyuman . Ji-Yeon sangat lena tidur di atas katil yang empuk bertemankan dinginnya angin yang bertiup memasuki ruang kamar melalui beranda . Joon duduk di sebelah Ji-Yeon . Dia menatap wajah cantik Ji-Yeon . Tangannya pantas mengejut Ji-Yeon bangun .

“ Ji-Yeon ? ” Joon memanggil Ji-Yeon dengan perlahan .

            Ji-Yeon terpisat – pisat dan kebingungan . Dia seperti tidak boleh berfikir dengan betul . Dia sedikit terkejut melihat Joon duduk di sisi katilnya .
Matanya dibuntangkan , “ Joon ? Bila awak masuk ? Saya kunci pintu rasanya tadi . ”
“ Awak tidak menjawab panggilan saya . Saya risaukan awak . Saya terpaksa masuk untuk memastikan awak okay . Maafkan saya yaa . ”
“ Ohh , tidak mengapa . Maafkan saya juga . Tidur lena sangat ni , sampai tak sedar awak panggil saya tadi . ”
“ Ahh , tiada apalah itu . Awak bersiaplah . Kita main layang – layang . Saya tunggu di bawah . ”

* * * * * * * * * *

“ Ini layang – layang kita . Cantik ? ” tanya Joon .
“ Wah , cantiknya ! Saya tak pernah main layang – layang pun . Awak ajar saya ya . ”

            Joon dan Ji-Yeon bermain layang – layang bersama . Kedua – dua anak tunggal yang kaya – raya itu serasi bersama . Mereka main dan ketawa gembira . Angin petang itu baik sekali . Layang – layang mereka terbang tinggi di udara seakan – akan memahami jiwa remaja mereka .
            Tiba – tiba layang – layang itu terputus . Mereka segera mengejar layang – layang itu . Berlari sambil ketawa . Joon berlari pantas , Ji-Yeon pula tertinggal di belakang . Layang – layang sudah terbang entah ke mana . Joon yang keletihan berlari berhenti secara tiba – tiba . Ji-Yeon yang tidak sempat mengelak berlanggar dengan Joon dan mereka jatuh di atas padang rumput yang rata .
            Mereka saling memandang . Mata bertentangan mata . Jantung Ji-Yeon berdegup kencang . Joon seakan – akan mendengar dengupan jantungnya itu . Mereka diam membisu untuk seketika . Ji-Yeon merasakan satu titik di dalam hatinya mulai tersentuh dan mengubah segalanya . Mata mereka kekal , saling memandang dan bibir mereka tidak terungkap sebarang bicara .

“ Ji-Yeon , saya suka awak . ”


Bersambung . . . . .


Older Post | Newer Post