Fanfiction ϟ Aku tulis cerita nie guna otak aku sendiri , amik masa yang sangat lama nak karang cerita , cari idea , fikir tuu , fikir nie . Aku tak copy paste cerita orang lain okay . Aku curi idea dalam drama kat tv jea . So , dilarang meniru sebarang unsur yang terdapat dalam Fanfic aku nie . Haram ya . Aku ulang sekali lagi , HARAM . Lagi satu , aku tak check balik apa yang aku post . So , kalau ada typo tuu biasa sebab manusia tak sempurna OK ==' Thank you ._.


Confession Of A Friend : Episode 1
Sunday, 1 January 2012 | 04:34 | 0 comments




“ Ahh , susahnya topik ni ! ” bisik hati kecil Ji-Yeon .
“ Semua chloride salt larut kecuali PbSO4 , AgSO4 , BaSO4 , CaSO4 . Okay ini saya boleh ingat . Tapi yang lain – lain ini , tak tahulah . Saya kena tingkatkan usaha ni . Topik Salt memang susah ! ” Ji-Yeon berseloroh lagi .

            Perpustakaan penuh dengan pelajar . Ada yang belajar secara berkumpulan , ada juga yang mencari info untuk kajian masing – masing . Tetapi majoriti pelajar ke sana untuk mengulangkaji pelajaran . Termasuklah Ji-Yeon yang rajin ke sana .

            Berkerut – kerut dahi Ji-Yeon menghafal topik Salt bagi subjek Kimia . Memang setiap tahun , para pelajar akan menghadapi masalah yang sama iaitu kesulitan untuk mendalami topik Salt .

“ Hi Kak Ji-Yeon !  Masih belajar lagikah ? Tidak lapar ? ” soal Seo Hyun yang datang entah dari mana .
“ Kakak sudah hampir selesai . Kamu sudah lapar kah ? Sebenarnya kakak sangat lapar . Hari ini kakak masih belum makan , ” balas Ji-Yeon sambil membuat ‘muka laparnya’ .
“Bilalah kakak nak gemuk sikit ? Itulah kakak asyik belajar sahaja . Jom makan nak ? ” Seo Hyun mengajak Ji-Yeon makan tengahari bersamanya .
“ Okay jom ! ” balas Ji-Yeon . Dia segera mengemas buku – bukunya .

            Mereka berjalan menuruni anak tangga di hadapan pintu masuk perpustakaan . Masing – masing sedang memikirkan apakah makanan yang mereka mahu makan tengahari ini . Lamunan mereka terhenti kerana Yong Hwa menyergah dari belakang .

“ Haa , terkejut tak ? ” Yong Hwa bertanya kepuasan .
“ Awak ni nakal tau ! Hampir gugur jantung saya . Habislah awak jika saya terjatuh tangga tadi . Abang akan bunuh kamu . ” kata – kata Seo Hyun berunsur ancaman .
“ Okay , okay . Saya minta maaf . Tapi awak marah comel lah . Kalau begitu saya akan buat awak marah sekali sehari . Begitu baru saya puas ! ” Yong Hwa masih saja mahu bergurau .
“ Beranilah awak ! ” Seo Hyun sudah mengepal penumbuk kecil .
“ Seo Hyun , awak jangan tumbuk dia . Penumbuk awak sangat kecil ni . Takkan terasa badan Yong Hwa yang kental ni , ” Ji-Yeon mentertawakan Seo Hyun .

Seo Hyun mengangkat muka merajuknya . Tetapi Yong Hwa dan  Ji-Yeon terus mentertawakan mereka . Pada masa yang sama , sebuah kereta mewah berhenti di hadapan mereka . Cheon Dong dan Joon melambai – lambai kearah mereka bertiga melalui tingkap .

“ Haa , nampak tu abang saya dah sampai ? Siaplah kamu . Bersedia untuk kea lam seterusnya ! ” Seo Hyun mengugut Yong Hwa sambil menghentak – hentak kaki menuruni tangga .

            Seo Hyun segera mendapatkan abangnya . Dia memeluk Cheon Dong dengan erat . Mulut Seo Hyun terkumat – kamit menceritakan hal itu kepada abangnya . Sambil itu , tangannya rancak menuding ke arah Yong Hwa . Joon tertawa mendengar cerita Seo Hyun . Ji-Yeon dan Yong Hwa melihat keletah Seo Hyun dari atas . Mereka ketawa kecil di atas sana .

“ Yong Hwa ? Berani kamu ya ? ” suara Cheon Dong sedikit garang .
“ Maaf ! Saya minta ampun Seo Hyun . Sorry ya sayang ! ” Yong Hwa meminta maaf dengan nada kesal , tetapi hatinya masih ketawa keriangan .
“ Kamu . Saya akan selesaikan kamu ! Tunggulah masanya akan tiba nanti ! ” Cheon Dong bersuara garang lagi . Di akhir katanya , dia mengenyitkan matanya kepada Yong Hwa .
“ Sudahlah tu . Jom kita pergi makan nak ? Saya dah lapar sangat ni , ” pinta Joon dengan lembut .
“ Okay juga tu . Kebetulan pula saya dan Kak Ji-Yeon belum makan lagi dan perut kami mengemis meminta makanan , ” Seo Hyun tiba – tiba pulih dari kesedihannya sebentar tadi .
“ Makan di mana ? ” Cheon Dong bertanya kepada semua .
“ Subway ! Saya teringin nak makan Subway . Bolehkah ? ” Ji-Yeon bersuara memberi cadangan yang sangat bernas .
“ Waa , saya dah lama tak makan Subway ! Terujanya ! ” kata Yong Hwa keriangan .
“ Kalau begitu jom kita pergi sekarang . Ji-Yeon ? Princess ? Awak nak terbang ke sanakah ? Marilah ikut kami , ” Joon mempelawa Ji-Yeon menaiki keretanya .
“ Okay . Jumpa di sana . Saya bawa superbike hari ini . ” kata Yong Hwa sambil berjalan menuju ke arah superbike 1000 kuasa kuda miliknya itu .
“ Come in princess . Make yourself comfortable , ” Joon membukakan pintu kereta untuk Ji-Yeon dan berkata dengan nada yang mesra .
“ Thank you Joon . Its princess again . Why huh ? ” wajah Ji-Yeon penuh dengan tanda soal setiap kali Joon memanggilnya princess .

            Joon menutup kembali pintu kereta dan menggelengkan kepalanya . Dia enggan beritahu lagi . Ji-Yeon pernah terfikir samada dia ialah anak puteri raja yang sesat atau ada darah keturunan raja yang dia sendiri tidak tahu . Tapi bagaimana Joon tahu pula ? Ji-Yeon menggelengkan kepalanya . Dia anggap itu tidak penting sahaja .

* * * * * * * * * *

Setibanya mereka di situ , kelihatan Yong Hwa sedang duduk di salah satu meja . Menaiki kereta memang sukar untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas , terutamanya pada waktu puncak begini .

“ Haa , duduklah . Kejap lagi Cheon Dong nak belanja kita semua , ” Yong Hwa sesuka hati mengatakan Cheon Dong mahu belanja makan tengahari .
“ Okay , saya belanja . Tapi bila pula kata saya mahu belanja ni ? Haa , tiada apalah . Ji-Yeon awak duduk dulu . Joon , awak tak boleh duduk . Awak ikut saya ambil makanan kita ,” Cheon Dong mengarah Joon .

Joon sangat liat untuk bangun . Dia berasa sangat malas untuk bergerak . Joon menunjukkan muka malasnya dan Cheon Dong menarik Joon mesra .

“ Joon , awak ni manja betullah . Kalau saya ibu kamu , saya akan pukul kamu sampai nangis , ” Cheon Dong memberi respon kepada Joon . Bahu Joon diurut ,  agar Joon berasa ‘segar’ sedikit . Joon memang malas bergerak .

* * * * * * * * * *

“ Abang , terima kasih belanja kami semua ! Lain kali saya belanja pula ,” Seo Hyun bercakap dengan mulut yang penuh .
“ Sama – sama . Comotnya kamu makan ! Dari kecil memang selalu comot ketika makan . Kamu memang tidak comel ketika makan , abang perasan dari dulu lagi , ” Cheon Dong mengusik adiknya .
“ Mari sini tengok . Alalalah , comelnya dia ! Begini awak kata tak comel ? Comot macam ni baru cool . Hati saya terpaku  melihat dia . Sini saya lapkan ,” Yong Hwa mengelap pipi Seo Hyun yang comot terpalit sos dan mayonis .
“ Oh ya . Maaf diterima . Jangan buat lagi , ” baru ini Seo Hyun memaafkan Yong Hwa .

            Ji-Yeon diam sahaja sepanjang waktu makan . Dahinya berkerut – kerut . Fikirannya ligat mengingat kembali input – input yang dipelajarinya semasa kelas Kimia tadi .

 “ Kak Ji-Yeon , diam saja ? ” Seo Hyun bertanya .
“ Ya , tiada apa ,” Ji-Yeon sekadar membalas dengan senyuman .
“ Awak ada masalahkah ? ” Joon bertanya dengan prihatin .
“ Ya . Saya ada masalah dengan topik Salt . Saya tak berjaya memahami topik itu . Saya harap kamu semua dapat bantu saya ,” Ji-Yeon jujur menyatakan masalahnya .
“ Ohh . Yang itu kamu jangan risau . Kita boleh adakan study group bukan ? Macam yang selalu kita lakukan , ” Joon cuba untuk menenangkan Ji-Yeon .
“ Ya . Tentu sekali . Harap – harap ianya berkesan , ” balas Ji-Yeon sambil mengangguk .
“ Okay , habiskan makanan kamu . Makan kenyang – kenyang . Bukan selalu awak makan makanan yang saya belanja , ” Cheon Dong berseloroh .

            Mereka menganggukkan kepala . Mereka menikmati makanan mereka dengan penuh berselera . Memang mereka rapat , sejak kecil lagi . Memandangkan ibu dan bapa mereka semuanya orang kaya yang sibuk mentadbir syarikat masing – masing , kebahagian hidup berkeluarga tidak dapat mereka rasai . Melalui persahabatan , mereka dapat merasai erti kebahagian yang sebenar . Tetapi mereka sangat rindukan belaian ibu dan ayah mereka .

* * * * * * * * * *

Ji-Yeon mengemas buku – bukunya yang berselerak di atas meja belajar . Buat masa ini , dia sudah faham dan hafal semua definisi dan tindak balas yang berlaku dalam eksperimen bagi tajuk Salt . Dia mengeluh keletihan . Matanya sudah kuyu , tetapi masih belum tidur . Dia termenung seketika sebelum mencapai bingkai gambar yang terletak di sudut meja belajarnya . Ji-Yeon menatap satu persatu wajah – wajah kesayanganya . Gambar itu diambil ketika mereka berkunjung ke Lotte World tahun lalu . Dia merasakan kebahagiaan dan kegembiraan hanya sekadar melihat wajah Joon , Cheon Dong , Seo Hyun dan Yong Hwa bersama dirinya .

Ji-Yeon membuka laci mejanya dan mengeluarkan sebuah diari berwarna ungu . Itulah hadiah pemberian Yong Hwa yang dibelinya semasa bercuti di Okinawa , Jepun . Buku itu terhias cantik dengan corak flora yang sesuai dengan jiwanya . Pada kulit buku itu , tertulis ‘My Baby You’ tulisan tangan Ji-Yeon .

‘ Perkara yang membahagiakan sepanjang hidup saya ialah apabila berada dekat di samping rakan – rakan saya . Mereka seperti oksigen bagi saya . Mereka ibarat malaikat yang melindungi saya setiap masa . Hari saya bagaikan tidak lengkap sekiranya kita tidak bertemu . Sekiranya diberi peluang , saya ingin sekali kita bercuti ke pantai bersama – sama . ’

Ji-Yeon menutup diarinya dan menyimpannya semula di dalam laci . Lampu bilik ditutup dan lampu meja dibuka , cahayanya malap . Dia memikirkan rakan - rakannya sebelum tidur . Lama – kelamaan dia terus tidur dibuai mimpi .

Bersambung . . . . . . 

Older Post | Newer Post