Fanfiction ϟ Aku tulis cerita nie guna otak aku sendiri , amik masa yang sangat lama nak karang cerita , cari idea , fikir tuu , fikir nie . Aku tak copy paste cerita orang lain okay . Aku curi idea dalam drama kat tv jea . So , dilarang meniru sebarang unsur yang terdapat dalam Fanfic aku nie . Haram ya . Aku ulang sekali lagi , HARAM . Lagi satu , aku tak check balik apa yang aku post . So , kalau ada typo tuu biasa sebab manusia tak sempurna OK ==' Thank you ._.


Confession Of A Friend : Episode 5
Tuesday 21 February 2012 | 21:03 | 0 comments
           

           Perlahan – lahan mata Ji-Yeon terbuka . Dia terpisat – pisat sekejap . Pandangannya masih kabur tetapi dia dapat melihat bayangan seseorang di hadapannya . Dia meyakinkan dirinya bahawa orang itu ialah Puan Kang . Badannya masih terasa sakit dan lemah .

“Ji-Yeon ? Ji-Yeon , kamu okay ?” soal Puan Kang .
“Okay . Saya pengsan ke tadi ?” Ji-Yeon pula menyoal Puan Kang .
“Ya . Kamu pengsan di hadapan rumah . Sudah , jangan banyak cakap lagi . Minum air ni . Kamu harus banyak rehat ,” Puan Kang menghulurkan secawan air kepada Ji-Yeon .
“Terima kasih Puan Kang . Nasib baik Puan Kang ada , kalau tidak saya tak tahulah apa yang akan terjadi kepada saya ,” kata Ji-Yeon lemah .
“Ini tugas saya . Tentulah saya akan sentiasa bantu awak . Emm , Ji-Yeon mahu saya beritahu ayah dan ibu awak ?” tanya Puan Kang sambil mengambil kembali cawan daripada Ji-Yeon .
“Ehh , jangan ! Jangan beritahu ayah dan ibu saya . Saya taknak mereka risaukan saya ,” pantas Ji-Yeon membalas dalam nada cemas .
“Kenapa Ji-Yeon ? Kenapa ? Mereka patut tahu . Awak anak tunggal keluarga ini . Bukan sekali awak pengsan di rumah ni . Sudah dua kali ,” Puan Kang nampak sangat prihatin dan bersungguh – sungguh .
“Tak . Puan Kang tak faham . Puan Kang tak boleh beritahu ayah dan ibu saya . Hanya ini permintaan saya . Tolonglah Puan Kang . Jangan beritahu mereka . Kawan – kawan saya juga ,” Ji-Yeon merayu kepada Puan Kang dengan bersungguh – sungguh . Air matanya mulai jatuh .
“Baiklah kalau itu yang kamu mahu , saya ikutkan saja . Tapi , saya risaukan kamu . Kamu sakit apa sebenarnya ? Kamu sudah pergi berjumpa dengan doktor ?” soal Puan Kang bertalu – talu .

            Ji-Yeon tidak menjawab . Dia hanya menggelengkan kepala .

“Kalau begitu , esok pagi kamu jangan pergi ke sekolah . Esok kamu pergi ke klinik , jumpa doktor , lakukan pemeriksaan . Faham ?” kata Puan Kang dengan tegas .
“Saya pergi sekolah dulu . Balik sekolah , saya akan terus ke klinik . Saya tak mahu ponteng sekolah . Ini tahun terakhir saya ,” jelas Ji-Yeon dengan harapan Puan Kang memahaminya .
“Baiklah kalau begitu . Sekarang kamu rehat ya ,” balas Puan Kang lalu bangun meninggalkan Ji-Yeon di dalam biliknya .

            Pintu bilik Ji-Yeon ditutup rapat . Dia termenung sekejap mengenangkan nasib dirinya . Tangan kanannnya mengelap pipi yang dibasahi dengan air mata sebentar tadi . Dia bingkas bangun menuju ke beranda biliknya . Dia menghirup angin malam yang nyaman itu . Fikirannya jauh melayang . Dia teringat akan ayah dan ibunya . Dia sangat rindukan keluarganya . Terkadang , dia sangat iri melihat Yonghwa yang sentiasa berada dekat bersama keluarganya .
            Lamunannya terhenti apabila telefonnya berdering secara tiba – tiba . Dia segera mendapatkan telefon bimbitnya yang berwarna putih dengan corak Hello Kitty yang comel itu di atas meja . Ada mesej daripada Joon .

 ‘Ji-Yeon , awak dah tidur ?’
‘Belum lagi . Saya sedang berehat .’
‘Oh , maaf ganggu ya . Emm , saya ada permintaan ni .’
‘Ehh tak ganggulah . Saya bukan buat perkara penting pun . Ada permintaan apa ?’
‘Esok saya nak jumpa awak ya ? Selepas waktu riadah petang ?’
‘Ohh nak jumpa saya . Boleh saja . Ehh , sejak bila pula awak minta izin sebelum jumpa ni ? Haha .’
‘Tak , saya saja nak beritahu dulu . Takut nanti awak ada hal lain pula .’
‘Haha , okay okay . Saya tiada hal lain . Macam biasalah , saya juga beriadah di trek sementara awak , Cheon Dong dan Yonghwa bermain bola keranjang .’
‘Ya saya tahu tu . Okay , jumpa esok . I love you , bye .’

            Buntang mata Ji-Yeon membaca ungkapan ‘I love you’ daripada Joon . Dia tidak membalas mesej terakhir Joon . Dia sekadar tersenyum membaca mesej itu . Pada masa itu , dia teringat akan perkara yang dilakukannya pada petang tadi . Jari – jemarinya segera membuka fail gambar dalam telefon bimbitnya . Dia merenung lama gambar dirinya bersama Cheon Dong sewaktu makan ais krim petang tadi . Gambar seterusnya ialah gambar Joon dan Cheon Dong sewaktu menyertai kejohanan bola keranjang . Dia sendiri pening memikirkan hal dua sahabat baik yang menyukai dirinya .
            Laci meja belajar dibuka dengan cermat . Ji-Yeon mengeluarkan diarinya . Sebelum itu , dia mencetak gambar Joon dan Cheondong dahulu . Matanya tidak bekerdip melihat gambar dua lelaki kacak itu . Dia melepaskan nafas panjang . Tangannya mencapai sebatang pen dan dia mula menulis .

            What a day . Hari ini hari kecemerlangan sekolah . Saya berjaya ! Saya ingin sekali nak berkongsi kegembiraan ini dengan ibu dah ayah . Tapi ibu dan ayah tiada di sini . Tapi , saya bersyukur masih ada rakan – rakan yang sentiasa dekat di sisi saya . Mereka sepertinya menggantikan ibu dan ayah . Tapi ibu dan ayah tetap ibu dan ayah saya walaupun peluang untuk kita berjumpa sangat tipis .
            Cheon Dong telah menghadiahkan seutas rantai leher untuk saya . Saya sangat sukakan rantai itu . Saya pakai rantai ini sekarang . Terdapat nama saya pada rantai itu . Di belakangnya pula , ada nama Cheon Dong . Sebelum pulang , Cheon Dong bawa saya makan ais krim di kedai ais krim Baskin Robin . Kami jumpa Yonghwa dan Seohyun di sana . Dan saya sangat sukakan kemesraan mereka .
            Petang tadi , sekali lagi saya pengsan . Saya mulai risau akan diri saya . Semasa di bilik persalinan tengahari tadi , saya rasa sakit belakang . Pada waktu petang , sekali lagi rasa sakit itu datang kembali . Tapi kali ini lebih sakit dan perit sehingga saya pengsan tidak sedarkan diri . Puan Kang memaksa saya berjumpa doktor . Tapi saya yakin saya cuma perlukan rehat yang lebih .
            Perihal cinta . Erghh , saya tak sangka Cheon Dong meluahkan rasa cintanya terhadap saya . Minggu lepas Joon sudah lakukan perkara yang sama . Saya keliru . Sebenarnya saya baru sahaja mahu membuka sedikit ruang dalam hati saya untuk Joon . Dan pada saat itulah , Cheon Dong meluahkan perasaannya . Semua ini terlalu berat untuk saya . Siapakah yang harus saya pilih .

            Joon dan Cheon Dong . Mereka sangat rapat . Joon sangat baik kepada saya . Cheon Dong juga . Joon ambil berat hal saya . Cheon Dong juga . Ahh , saya perlukan masa .
           
            Ji-Yeon menutup diarinya dan menyimpannya semula di dalam laci meja . Dia baru perasan yang dia masih belum mandi . Dia mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya dahulu . Setelah selesai mandi , dia duduk memandang cermin di meja solek . Dia menyapu krim dan memakai mask pada muka . Lampu biliknya ditutup . Hanya lampu di meja belajar menemani tidur malamnya . Dia berharap hari esok lebih bersinar dan lebih baik daripada semalam .

* * * * * * * * * *

“Ji-Yeon , cepat habiskan sarapan kamu ,” arah Puan Kang .
“Okay . Sarapan harini sedaplah . Terima kasih Puan Kang ,” kata Ji-Yeon dengan mulut penuh .
“Ya , sama – sama ,” tersenyum Puan Kang mendengar pujian daripada Ji-Yeon .
“Ehh Ji-Yeon , harini saya akan pulang ke Pyeongcan . Saya akan pergi selama seminggu . Kamu tidak apa ke seorang diri ?” Puan Kang sedikit risau meninggalkan anak tunggal majikannya itu .
“ Tidak mengapa . Saya okay saja . Sudah biasa sendirian . Tahulah saya hidup nanti . Puan Kang jangan risau ya ,” kata Ji-Yeon meyakinkan Puan Kang .
“Baguslah begitu . Tapi , kamu jangan lupa pesan saya . Pergi jumpa doktor . Faham ?” kedengaran Puan Kang sedikit tegas .
“Okay , saya akan jumpa doktor . Jangan risau ,” Ji-Yeon sekali lagi meyakinkan Puan Kang .

            Ji-Yeon menghabiskan suapan terakhir roti bakar dengan omelette air tangan Puan Kang yang menyelerakan itu . Selepas mengucapkan selamat tinggal , dia segera berjalan kaki menuju ke sekolah . Dia tersenyum sepanjang perjalanan . Bermacam – macam perkara yang muncul dalam fikirannya . Semuanya perkara gembira dan bahagia .

“Ahh , sudah lama tak berjalan kaki ke sekolah pada waktu pagi begini ,” Ji-Yeon bermonolog sendirian di dalam hati . Sebelum ini , jika bukan Joon yang menjemputnya , tentu Cheon Dong . Tetapi hari ini dia mahu berjalan kaki .

            Perjalanan dari rumahnya ke sekolah mengambil masa 20 minit . Dia tidak kisah penat berjalan asalkan dia sapat menghirup udara segar . Atmosfera bumi sangat nyaman dan bersih . Kenderaan juga masih belum banyak di jalanan . Hanya kedengaran suara burung – burung berkicauan . Ji-Yeon gembira sepanjang perjalanannya . Sungguh comel sekali seperti watak dalam kartun .
            Tiba – tiba belakangnya terasa sakit sekali lagi . Dia teringatkan pesanan Puan Kang serta merta . Dia duduk di bangku yang terdapat di bahu jalan untuk berehat sebentar . Dia cuba untuk bertenang . Nafasnya ditarik dalam – dalam . Kepalanya pening dan terasa berat . Dia tunduk saja memandang lantai .

“Ji-Yeon ! Buat apa duduk situ ? Jom , pergi sekolah ,” Joon menyapa Ji-Yeon dari dalam kereta . Dia datang entah dari mana .
“Eh , hai Joon . Okay , jom ,” Ji-Yeon sedikit cemas dan terkejut melihat Joon . Dia segera masuk ke dalam kereta .

            Joon perasan wajah Ji-Yeon sedikit pucat . Ji-Yeon kelihatan seperti orang yang cuba menahan sakit . Tangan Ji-Yeon menggeletar sedikit . Melihat itu , Joon segera menggenggam kemas tangan kiri Ji-Yeon . Tangan Ji-Yeon sejuk dan dingin , tidak hangat seperti selalu .

“Awak okay ke Ji-Yeon ? Saya risau ni . Awak kelihatan pucat dan tangan awak sejuk ,” Joon bercakap dalam nada risau .
“Saya okay lah . Jangan risau . Tangan saya sejuk mungkin sebab cuaca persekitaran ,” balas Ji-Yeon dengan senyuman . Senyuman yang menyembunyikan segala yang ditanggungnya .
“Tapi …” Joon menyambung dan Ji-Yeon memintas dengan cepat .
“Saya okay laa . Ehh , dah sampai sekolah . Awak turunkan saya di sini . Nanti lepas riadah petang kita jumpa okay . Terima kasih Joon , bye ,” Ji-Yeon bercakap dengan laju ibarat tiada noktah dan segera turun dari kereta .

* * * * * * * * * *

            Jam tepat menunjukkan pukul lima petang . Ji-Yeon sudah siap dengan pakaian sukannya . Dia kelihatan sangat cantik dengan set pakaian sukan Adidas berwarna putih dengan jalur berwarna emas . Menawan dan menarik . Dia mengikat rambutnya dengan kemas sebelum memakai topi .

“ Kak Ji-Yeon , dah siap ?” tanya Seohyun lembut .
“Sudah . Mana raket kamu ?” Ji-Yeon pula bertanya .
“Sudah ada di luar . Hari ini , saya akan pastikan saya dapat mengalahkan Kak Ji-Yeon . Sepanjang saya main tenis dengan Kak Ji-Yeon , baru dua kali saya menang . Ni tak adil , saya akan tebus semula hari ini !” kata Seohyun dengan bersungguh – sungguh .
“Okay , kita tengok nanti . Haha ,” Ji-Yeon menyahut cabaran Seohyun . Kedua – dua mereka keluar dari bilik persalinan dan terus menuju ke gelanggang tenis yang bersebelahan dengan gelanggang bola keranjang .

* * * * * * * * * *

            Ji-Yeon dan Seohyun sangat bersungguh – sungguh bermain tenis . Mereka seperti tak nak kalah . Persaingan mereka sangat sengit . Mereka kekal dalam kedudukan seri . Mata yang dikumpul kedua – dua mereka sama . Bola tenis melantun antara Seohyun dan Ji-Yeon . Sudah beberapa minit berlalu tapi mereka masih  belum mengalah dan kedudukan masih seri .
            Secara tiba – tiba , dan tidak dijangka – jangka , Ji-Yeon rebah bersama raket di tangannya . Seohyun tergamam dan kelu lidah .

“Kak Ji-Yeon ! Abang ! Joon ! Yonghwa ! Kak Ji-Yeon pengsan !” Seohyun menjerit dengan kuat dalam nada cemas .

            Permainan bola keranjang terhenti secara tiba – tiba . Joon dan Cheon Dong bergegas keluar . Yonghwa mengawal keadaan gelanggang bola keranjang dan segera masuk ke dalam gelanggan tenis . Joon orang pertama yang mendapatkan Ji-Yeon . Cheon Dong menggerak – gerakkan tubuhnya . Mereka sangat gelabah dan tidak tahu mahu buat apa . Ramai orang mengelilingi tubuh Ji-Yeon yang rebah itu .

“Tunggu apa lagi ? Cepat bawa dia ke klinik ! Angkat Ji-Yeon . Joon pergi dapatkan kereta . Cepat !” arah Yonghwa yang penuh dengan gaya kepimpinan .

            Cheon Dong mendukung Ji-Yeon dengan segera . Joon berlari meninggalkan gelanggang dan pergi mendapatkan kereta . Seohyun mengemas barang – barang Ji-Yeon sementara Yonghwa pula mengemas barang – barang Joon dan Cheon Dong . Mereka semua bergegas dan keadaan menjadi kelam – kabut .
            Joon meletakkan kereta betul – betul di hadapan pintu keluar . Cheon Dong membaringkan Ji-Yeon di tempat duduk belakang . Dia memangku kepala Ji-Yeon . Joon dan Cheon Dong sangat risau sehingga mereka mahu menangis . Tapi ditahan – tahan . Hati Joon berdebar – debar . Hati Cheon Dong pula bagaikan mahu meletup . Joon terus memecut ke hospital berdekatan . Cheon Dong berterusan mengusap rambut Ji-Yeon dengan lembut .

“Ji-Yeon , bertahan ya . Saya tak mahu terjadi apa – apa kepada kamu ,” Joon bercakap dengan nada yang sangat risau .

Bersambung . . .




Older Post